Selamat Datang

Followers

Tuesday, September 8, 2009

LENCANA SEKOLAH




Ianya berbentuk membujur di bahagian atas dan bawah. Bahagian atasnya agak tajam. Di sebelah atas bahagian kiri adalah lambang kedaulatan Raja Terengganu yang menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan selaku pemerintah negeri.

Di sebelah atas bahagian kanan adalah sebuah pelita yang di atasnya ada dua buah buku. Ini adalah melambangkan bahawa dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi akan menerangani kehidupan seseorang di masa akan datang.

Di tengah-tengah bahagian bawah terdapat lima gelang yang bercantum. Ini melambangkan bahawa sekolah juga sangat mementingkan sukan dan permainan sebagai akviti kokurikulum yang berjalan seiring dengan kurikulum sekolah.

Cogankata sekolah di letakkan di bahagian bawah lencana dengan kata-kata “ ILMU PENGETAHUAN SULUH PENGHIDUPAN “. Manakala di bahagian paling bawah diletakkan nama dan alamat sekolah dalam bentuk seakan-akan kain rentang yang dibelit-belitkan.

LIRIK LAGU SEKOLAH

LIRIK LAGU SEKOLAH

MAJU SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA

Padamu kusandar harapan
Didik kami moga berjaya
Jadi insane berguna
Untuk bangsa Negara
Agama tak dilupa

Gigih usaha tiada terhenti
Tanam sikap yakinkan diri
Guru kita hormati
Bentuk disiplin diri
Cabaran diharungi

Marilah bersama
Melangkah dengan bangga
Berjuang membela
Maju Sekolah Kebangsaan paka

FALSAFAH & MOTTO SEKOLAH

FALSAFAH
Bahawa sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Paka adalah pelaksana Misi dan Visi Sekolah bagi menyediakan murid yang dapat mengikuti perkembangan pendidikan semasa dengan fikiran yang KRITIS, KREATIF dan INOVATIF berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

MOTTO
Moto Sekolah Kebangsaan Paka ialah “ SEKEP BOLEH “ .