Selamat Datang

Followers

Thursday, August 30, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 55

PAKA,30 OGOS-Majlis menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke-5 telah diadakan pada hari ini. Semua pelajar dan guru-guru berhimpun di medan perhimpunan SK PAKA bagi bersama-sama mendengar perutusan kemerdekaan dan menyanyikan lagu-lagu patrionik.MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA!.shafieedahalan@yahoo.com

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012



PAKA,30 OGOS-Kem Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Paka telah diadakan Rumbia Resort, Paka semalam. Seramai 80 calon UPSR SK.PAKA telah mengikut kem tersebut.Kem Kcemerlangan ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dan di taja oleh Syarikat Petronas Ammonia Bhd.Ucapan terima kasih diucap kepada Petronas Ammonia kerana menaja kem kecemerlangan tersebut.shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012/1433H



Sempena dibulan yang mulia ini, bersamalah kita berpuasa dan menyambut kehadiran 1 Syawal 1433H.Untuk itu,  kami warga Sekolah Kebangsaan Paka, Terengganu mengucapkan kalimah mulia kepada seluruh umat Islam seluruh dunia dan khas kepada murid-murid kami dengan ucapan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin'.

MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN ADILFITRI 2012


SK.PAKA,15 OGOS-Majlis ramah mesra sempena sambutan Aidil Fitri 1433H dijalankan SK.Paka pada hari ini pada jam 11.45 pagi. Pada majlis tersebut semua murid dan guru berkumpul di Dewan Bestari SK.PAKAbagi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.Suasana ramah mesra berjalan dengan baik dan penuh kesyukuran kerana dapat berpuasa dan menyambut Aidil Fitri bersama -sama pada tahun.ini

BENGKEL JARI SIFIR

SK.PAKA 15 OGOS- Satu seminar Jari Sifir telah dijalankan di SK.PAKA pada hari ini.Murid-murid tahun 2 hingga Tahun 5 telah menghadiri bengkel ini. Seminar ini bertujuan membasmi bta sifir di kalangan pelajar dan seterusnya menanam semangat meminati matematik di kalangan pelajar.Fasilator bengkel Sifir Jari dari EQ-maths Consultant, Kuala Lumpur.Murid -murid gembira dan ceria mendapat pendedahan penguasaan sifir.Laporan shafieedahalan@yahoo.com.

MAJLIS TADARUS DAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN DAN YATIM

SKPAKA 15 OGOS- Majlis Tadarus bacaan Al Quran dan sumbangan sedekat kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim telah dijalankan di SK.PAKA hari ini. Bacaan ayat suci Al-Quran diketuai oleh Us.Othman bersama guru-guru dan semua murid. Majlis disampaikan oleh Guru Besar SK PAKA, En.Aminuddin bin Yazid..Majlis berlangsung di Dewan Bestari, SK.PAKA.Laporan oleh shafieedahalan@yahoo.com

Wednesday, August 1, 2012

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN KE-55










SK PAKA, 31 JULAI-Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini melancarkan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-55 semalam. Pelancaran  kain rentang, ucapan perutusan hari kebangsaan dan penyerahan bendara gemilang kepada Guru Besar , En.Aminuddin bin Yazid juga dilakukan.Aktiviti mewarna bendera gemilang juga dijalankan kepada semua murid.Berikut disertakan gambar aktivti mewarna bendera Malaysia
shafieedahalan@yahoo.com