Selamat Datang

Followers

Thursday, November 15, 2012

BENGKEL FROG VLE

SK PAKA 5 NOVEMBER- Bengkel Frog VLE telah diadakan semalam.Bengkel dijalakan di Makmal Komputer 1, SK PAKA. Pada bengkel ini, semua guru diberikan ID  dan Password untuk guru-guru akses ke halaman Frog VLE. Semua guru diajar bagaimana untuk mengubahsuai dashboard masing-masing.

shafieedahalan@yahoo.com

JAMUAN AKHIR TAHUN SK PAKA 2012

PAKA 9 NOVEMBER-Majlis Jamuan Akhir Tahun SK PAKA telah diadakan semalam di Resident Resort,Paka semalam. Semua guru dan kakitangan serta guru-guru yang telah bertukar berkumpul di Resident Resort pada pukul 3.00 petang semalam.Jamuan dianjurkan oleh kelab guru dan kakitangan.

Kepada guru-guru bertukar selamat bertukar dan bertugas di tempat baru tahun hadapan.Semoga kita berjumpa di lain kali.shafieedahalan@yahoo.com

HARI PENYAMPAIAN HADIAH SK PAKA


PAKA 8 NOVEMBER-Majlis Penyampaian Hadiah SK PAKA telah dijalankan semalam.Majlis berlangsung di Dewan Bestari SK PAKA. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SK PAKA ,En.Wan Zainddin bin Wan Isa. Majlis tamat pada 1.00 petang.shafieedahalan@yahoo.com