Selamat Datang

Followers

Wednesday, December 30, 2015

Senarai Nama Murid Tahun 2 - Tahun 6 SK PAKA

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada Ibubapa yang telah datang mendaftar anak - anak ke SK PAKA. Kepada yang masih belum mendaftar nama anak, boleh rujuk di SINI.

Rancangan Pengajaran Tahunan

Kepada semua Guru SEKEP yang masih mancari RPT... boleh ke SINI

Monday, December 28, 2015

Selamat Kembali Ke sekolah untuk sesi 2016







MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN SESI 2016
Salam sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Sesi Persekolahan Sesi 2016 akan bermula seperti ketetapan berikut :-

27/12/2015 (Ahad)
1) Taklimat Ibu bapa pelajar Tahun 1 2016 oleh PK HEM di Dewan sekolah.
2) Ujian Penempatan Tahun 1 (Sila bawa alat tulis)

30/12/2015 (Rabu)
i) Taklimat ibu bapa penjaga Tahun 1oleh Guru Besar di dewan sekolah
ii) Pendaftaran Tahun 1
iii) Pendaftaran Tahun 2 hingga 6 di kelas masing-masing

03/01/2016 (Ahad)
Sesi persekolahan bermula

3. Ibu bapa/ penjaga yang telah mendaftar anak jagaan Tahun 1 pada sesi persekolahan 2016, diminta memberikan kerjasama bagi memastikan anak jagaan tuan puan hadir menduduki ujian penempatan Tahun 1.

4. Buku peraturan sekolah/ salah laku murid wajid dimiliki setiap murid di sekolah ini dan boleh didapati di kedai sekolah ini.

Tuesday, November 17, 2015

MAJLIS PENCAPAIAN UPSR 2015


17 Nov-Keputusan pencapaian UPSR tahun 2015 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 17 murid berjaya mencapai keputusan 5A UPSR.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang bekerja keras untuk mencapai keputusan cemerlang SEKEP.Keputusan UPSR disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Encik Mustafa bin Abdul Rahman.

MAJLIS 'IDUL ILMI 2015

17 Nov-Majlis 'Idul Ilmi 2015 telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Paka hari ini. Semua murid yang berjaya mencatat keputusan cemerlang Kurikulum, Hal Ehwa Murid dan Ko Kurikulum menerima hadiah.Majlis dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mustafa bin Abdul Rahman.shafieedahalan@yahoo.com

Thursday, October 15, 2015

Hari KO - KU Anjuran Sekolah Kebangsaan Paka

Kedatangan anda semua dialu - alukan untuk memeriahkan program Hari KO - KU anjuran Sekolah Kebangsaan Paka, Lorong 1, Kampung Limbong, 23100 Paka, Terengganu.

Saturday, October 10, 2015

Pelancaran Hari Sukan Negara


10 Oktober 2015-Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Paka pada hari ini.Majlis dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat di medan perhimpunan sekolah.Ramai murid-murid hadir dan bersama semua guru bersama menjalankan senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara di ketuai oleh Cikgu Azman.Laporan oleh shafieedahalan@gmail.com

Monday, August 3, 2015

GERAK GEMPUR 40 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN UPSR 2015

Tuesday, June 23, 2015

CERAMAH PERDANA BULAN RAMADHAN


22 JUN- Ceramah perdana peringkat sekolah telah diadakan di sini semalam. Ceramah bertajuk " Bulan Ramadhan Membentuk Peribadi:" disampaikan seorang Ustaz dari Yayasan Negeri Terengganu. Semua murid berkumpul di Dewan Ilmi. Jam 11.45 pagi

Friday, May 29, 2015

KURSUS PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


27MEI, 2015-Penataran Kursus Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah diadakan semalam di Makmal Komputer 2, SK PAKAFasilitator kursus Pn.Salina bt Abd Rahman , Guru Besar SK PAKA. 

PROGRAM KEM KECEMERLANGAN TAHUN ENAM


21Mei,2014-Program Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada hari ini.Program kecemerlangan ini diadakan di Mayang Sari Dungun.Gurguru pakar mata pelajaran teras telah dijemput bagi membimbing pelajar-pelajar teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.shafieedahalan@gmail.com

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA


MEI 2015-Program gotong-royong perdana anjuran Kementerian Kesihatan Dungun dan Majlis Daerah Dungun telah diadakan di Pusat Perniagaan Paka semalam.Komuniti setempat Paka telah dijemput dan bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran Paka.shafieedahalan@gmail.com

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6


Mei 2015-Program Motivasi Pelajar Tahun Enam telah diadakan di SK PAKA Dua motivator dari UPSI telah dijemput bagi memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015.shafieedahalan@gmail.com

Thursday, May 21, 2015

Sambutan Hari Guru 2015


 NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA



PERMAINAN SUKAN RAKYAT BERMULA





Sunday, May 17, 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA



Sabtu, 16 MEI 2015-Pada hari ini , warga Sekolah Kebangsaan Paka telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Dataran Cahaya, Pusat Perniagaan Paka.Seramai 135 orang murid dan 67 orang guru mengambil bahagian aktiviti gotong-royong tersebut.
'DUNGUN BERSIH, SELAMAT DARI DENGGI'